Friday, August 24, 2007

dari bulbo seorang teman

Sekiranya anda mengetahui pada bulan
Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi
menambahkan pengetahuan:

Sebelum itu, jika anda tidak tahu tarikh
lahir dalam hijrah, silahkan click dsini

Panduan Bulan Islam

Muharram (long form: Muarram ul aram)
Safar (long form: afar ul Muzaffar)
Rabi al-awwal (Rab I)
Rabi al-thani (or Rab al Thn, or
Rab al-Akhir) (Rab II)

Jumada al-awwal (Jumd I)
Jumada al-thani (or Jumd al-akhir)
(Jumd II)
Rajab (long form: Rajab al Murajab)
Shaaban (long form: Shaabn ul
Moazam)
Ramadan (or Ramzn, long form:
Raman ul Mubarak)
Shawwal (long form: Shawwal ul
Mukarram)
Dhu al-Qidah
Dhu al-Hijjah

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun
begitu, jika dididik dengan baik, dia
boleh menjadi cerdik kerana bakat
fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan
menjadi susah di kemudian hari. Walaupun
begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu
untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan
mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang
sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak
tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah
mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya
itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang
tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala
melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil
usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang
lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau
keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya
keras dan tidak mahu mengalah. Semasa
kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana
jika betul didikannya, masa dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu
bapanya patut mendidiknya dengan baik
agar dia dapat menerapkan nilai-nilai
yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap
tidak tahu menahu. Ini agak berlainan
dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Syaaban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu
kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya
baik, berbudi bahasa hingga semua orang
sayang padanya. Masa dewasanya dia akan
berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan
diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia
tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu
ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan
betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
itu. Jika tidak kehidupannya menjadi
susah kerana perangai keras hatinya, dan
dia selalu bergaduh terutamanya dalam
hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara
baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan mendapat hasil
yang baik dalam kehidupannya. Tetapi
oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil
yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika
baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau
sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

**mine is Sunday 22 Muharram 1409
what di u think..?? match..??
i think its quite right..

No comments:

Post a Comment